Followers

Wednesday, 31 August 2011

SANGGUP BERHABIS WANG SAMBUT MERDEKA



ALOR GAJAH: Dalam keadaan masyarakat kini kurang ghairah menyambut Hari Kemerdekaan, seorang pembantu klinik swasta sanggup menggunakan wang saku bagi menghias kenderaan bagi meraikan tarikh keramat itu.
Rosli Othman, 43, berkata langkah memasang 54 Jalur Gemilang itu antara usaha bagi menyemai semangat cintakan negara di kalangan generasi muda.

“Setiap tahun saya akan lakukan aktiviti ini (memasang bendera) di kereta dan ia membuatkan membuatkan saya lebih bersemangat untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan,” katanya.

Rosli dari Kampung Pangkalan Balak, Masjid Tanah berkata minat memasang bendera wujud sejak beberapa tahun lalu selepas melihat keruntuhan sikap patriotik di kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Katanya, setiap bendera dijaga rapi bagi memastikan ia kekal lama dan tidak rosak serta boleh digunakan semula pada tahun berikutnya.

“Saya akan basuh bendera ini dan simpan di tempat yang sempurna supaya warnanya tidak pudar dan akan membeli bendera baru jika ada bendera sedia ada yang sudah pudar.


“Jika zaman perang Jepun dulu orang ramai mampu memikul senjata, kenapa sekarang nak jaga satu bendera pun tak boleh dan dari situ timbulnya minat mendalam cintakan negara biarpun dengan hanya membawa bendera Jalur Gemilang ke merata tempat,” katanya.

Menurutnya, dia lebih yakin memandu apabila melihat Jalur Gemilang berkibar kemas di bumbung dan hadapan cermin kereta apatah lagi ramai pelancong berminat untuk bergambar dengannya..


Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Abdul Karim Sulaiman, berkata semangat patriotik dimiliki Rosli sepatutnya tersemai di jiwa masyarakat.

“Kita sepatutnya bersyukur dengan semangat dimiliki Rosli dan ia perlu ada pada setiap individu lain bagi membentuk satu kelompok masyarakat berjenama 1Malaysia,” katanya, semalam.

No comments:

Post a Comment