Followers
Wednesday, 31 August 2011
BAPA SAUDARA OBAMA KAKI BOTOL
BOSTON: Seorang bapa saudara Presiden Barack Obama ditangkap baru-baru ini berhampiran bandar raya ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.
Onyango Obama ditahan di Framingham, Massachusetts pada 24 Ogos.
Jurucakap polis, Blaise Tersoni berkata, ketika ditangkap, (Onyango) Obama tidak boleh bercakap dengan baik dan berbau arak.
Menurut laporan polis, lelaki itu mendakwa dia hanya minum dua tin bir tetapi gagal dalam beberapa ujian.
Apabila ditanya sama ada dia hendak menelefon sesiapa, lelaki itu menjawab: “Adalah lebih baik saya telefon Rumah Putih.”
(Onyango) Obama ditahan tanpa ikat jamin dan menjadi tahanan imigresen, status yang biasanya diberikan kepada mereka yang berada di Amerika Syarikat tanpa visa sah.
Keluarga Presiden Amerika Syarikat di sebelah bapanya, warga Kenya, mendapat liputan akhbar tahun lalu apabila ibu saudaranya, Zeituni Onyango, adik Onyango Obama, menang dalam satu kes mendapatkan suaka politik selepas berada di Amerika Syarikat secara haram.
Subscribe to:
Comments (Atom)



